Friday, 21 October 2011

minggu ke-6 (Jurnal & Laporan )

Pada minggu ini saya telah ditugaskan untuk melakukan tugasan 4 iaitu mencari 2 jurnal di lawan UKM dan 1 jurnal dari google scholar (http://citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/download?doi=10.1.1.126.5985&rep=rep1&type=pdf. )yang berkaitan dengan tajuk kumpulan saya iaitu "E-learning & Mobile learning atau E-pembelajaran dan pembelajaran Mudah Alih.Saya diberi tugasan untuk mencari jurnal ini bersama dengan pasangan saya.dimana kami berdua perlu mencari,merancang, mentafsir jurnal yang kami perolehi itu.setelah saya dan pasangan saya kaji jurnal yang kami berdua perolehi dan saya telah membuat ulasan "apakah tindakan Malaysia untuk meningkatkan penggunaan E-pembelajaran dan Pembelajaran Mudah Alih".di dalam tugasan ini saya diberi tugasan untuk menulis di dalam Open Office Writer.selain itu saya dapat mempelajari cara untuk mengkaji sesuatu jurnal dan mendapat maklumat yang lebih mendalam tentang E-Pembelajaran dan pembelajaran Mudah Alih ini dan saya dapat menggunakan software baru iaitu dapat menggunakan Open Office Writer.kerana sebelum ini saya tidak pernah menggunakannya.ini adalah ilmu yang baru saya perolehi didalam kelas Komputer Dalam pendidikan ini.

No comments:

Post a Comment