Monday, 26 December 2011

minggu ke -14 ( Database)

Pada minggu ke -14 ini saya telah diberi tugasan yang ke-9 iaitu Database. saya diajar cara untuk mengaplikasikan software ini. Didalam database ini saya menggunakan  software dari Open Office org 3.3. Sebelum saya melakukan tugasan ini saya diarahkan oleh pensyarah untuk melihat dan belajar  dahulu subjek ini mengikut performa yang diberi dimana saya membuka link yang diberi iaitu http://inpics.net/base.html.
maklumat yang perlu diletakan didalam database adalah saya di arah untuk membuat satu maklumat pelajar. 
1. klik Table -> Create table in design view 
kemudian saya membuat 4 jadual mengenai maklumat pelajar
-maklumat pelajar
-maklumat keluarga
-maklumat curriculum
-maklumat kokorikulum
dimana primary key adalah no pelajar 

selepas selesai menyiapkan table untuk maklumat pelajar ini  saya  Klik Tool  ->  Releationship
 dimana keempat-empat maklumat pelajar tersebut harus di hubungkan.




2. klik Form  ->  Use wizard to create table (dimana bahagian ini saya memasukkan data atau maklumat setiap form maklumat

3. klik Queries  ->  Use wizard to create table  ->  Fields in the query   ->   Next  ->  Finish
saya memindahkan semula maklumat dari table maklumat pelajar mengikut urutan.




4. Selesai sahaja memasukkan maklumat kedalam queries selepas itu saya 
Klik Report -> Use wizard to create report  ->  Table or Queries  ->  Avaible Fields  ->  Fields in report  -> Next -> Finish.

Sunday, 25 December 2011

minggu ke -13 ( Spreadsheet & Excel)

Pada miggu ini merupakan tugasan yang ke -8 dimana mempunyai tugasan 8a dan 8b. tugasan ini adalah dimana saya perlu menggunakan spreadsheet dari Open Office org 3.3.kegunaa spreadsheet adalah untuk memasukkan maklumat tentang perbelanjawan.
  • Assigment 8a (Spreadsheet
    • klik Open Office org 3.3-Spreadsheet-dan masukkan maklumat tentang perbelanjawan dari bulan Januari sehingga Disember.
    • formula yang digunakan untuk mengira perbelajawan menggunakan set formula (use of "="), sum ,Function Wizard.

  • Assigment 8b (menggunakan Excel)
    • Assigment 8b ini saya menggunakan Microsoft Office Excel 2007.
    • Didalam Excel ini saya diarahkan untuk create permarkahan untuk pelajar
    • memasukkan maklumat didalam excel selepas selesai memasukkan maklumat pelajar.
    • untuk memasukkan gred pada  markah pelajar saya diajar cara menggunakan formula begini.

  •  highligh markah dan gred - klik FORMULA  -  DEFINE NAME(taip markah pada name)  - OK

  • seterusnya
  • klik gred pelajar - INSERT FUNCTION  - VLOOKUP - OK
 

seterusnya apbila klik OK gred tersebut terpapar dan hanya tarik sahaja gred itu kebawah.
  • untuk mencari STDEVsaya hanya 
 klik FORMULA - INSERT FUNCTION -(highligh  markah pelajar dari atas ke bawah) - OK



  •  untuk mencari AVERAGE saya hanya
klik FORMULA - INSERT FUCNTION -(highligh markah pelajar) - OK



  • untuk mencari COUNTIF saya hanya
          klik FORMULA - INSERT FUNCTION - COUNTIF - OK
                   Range : Perlu masukkan gred (gred itu dihighligh dari atas ke bawah)
                   Criteria : masukkan gred yang dibawah




    • untuk mencari SORT saya hanya klik DATA - SORT(pilih samaada A-Z @ Z-A) - OK

    • dan terakhir untuk melakar graf saya diajar cara menggunakan formula dimana seluruh keputusan dari countif itu saya highligh kemudian saya klik INSERT - pilih graf.

      minggu ke-11 dan 12 ( Impress & Power Point )

      Tugasan pada minggu ke -11 dan 12 merupakan tugasan yang ke-7 dimana assigment ini telah dibahagikan kepada 2 iaitu 7a dan 7b.
      • assigment 7a (menggunakan Impress)
        • tugasan ini adalah menggunakan Open Office org 3.3 dimana saya perlu klik Presentation didalam Open Office org 3.3.kemudian klik  Presentation Wizard1,2,3-Next- klik Create
        • selepas itu saya mula memasukkan maklumat tentang mini research E-learning & Mobile Learning.
      • assigment 7b (menggunakan Microsoft Open Office)
        • iaitu maklumat yang perlu dimasukkan didalam power point tersebut adalah berkaitan dengan tajuk assigment 1 iaitu Learning Management System (LMS
        • didalam power point ini saya memasukkan animation iaitu sound dari audiacity.
        • semasa hendak membuat audacity pada mulanya 
       klik file -> open folder lagu -> klik cut (untuk memendekkan lagu ) -> effect (iaitu untuk memastikan lagu tersebut diubah atau kekal) .
        • untuk menyimpan lagu yang sudah diubahsuai
      klik file -> klik export -> ok -> klik save as type(other uncompress files)

        • semua gambar-gambar yang berkaitan LMS dan E-learning & Mobile learning saya create menjadikan satu video.

        minggu ke-10 ( Brochure & Booklet )

        Tugasan minggu ke-10 adalah merupakan assigment ke-6 iaitu tugasan yang perlu disiapkan adalah berkaitan dengan brochure dan booklet,
        •  Brochur
          • maklumat yang perlu dimasukkan didalam brochure adalah berkaitan dengan tajuk kami iaitu E-learning & Mobile learning. Didalam brochure tersebut saya memasukkan maksud E-learning & Mobile learning,kepentinganya,serta beberapa gambar yang berkaitan dengan Mobile Leraning
          • untuk membuat brochure ini saya menggunakan microsoft office publisher
          • seterusnya saya mememilih brochure dan memilih jenis-jenis brochure yang ada
          • seterusnya saya memasukkan maklumat tentang E-learning & mobile learning.
        • Booklet
          • maklumat yang terdapat dibooklet pula saya memasukkan semua maklumat yang berkaitan dengan E-learning & mobile learning
          • cara membuat booklet ini saya diajar menggunakan microsoft word seterusnya klik pada page layout-tukarkan page kepada book fold seterusnya klik OK.

        minggu ke 9 ( Mini Research)

        Pada minggu ini saya telah ditugaskan untuk menyiapkan tugasan yang ke-5 iaitu membuat satu Mini Research berkaitan tajuk dari kumpulan kami iaitu E-learning & Mobile learning. Dimana didalam maklumat tersebut saya harus meletakkan maklumat yang berkaitan kajian saya yang datanya diperolehi daripada SPSS.

        Wednesday, 9 November 2011

        minggu ke-8 (Statistic Package Social Science)




        pada minggu ke-8 ini saya telah diberi tugasan untuk memasukkan semua maklumat soal kaji selidik kedalam sistem "statistic package social science (SPSS).saya diajar untuk menganalisis maklumat yang telah saya perolehi. didalam spss ini saya dapat mengklasifikasikan data dan data yang dimasukkan didalam spss ini diolah kedalam graf dan bentuk jadual.

        Friday, 21 October 2011

        minggu ke-7 (soalan kaji selidik)

        Pada minggu ke -7 ini juga saya telah melakukan tugasan 4 iaitu membuat soalan kaji selidik dari jurnal yang saya dan pasangan saya perolehi,saya diberi arahan untuk membuat soalan ini menggunakan survey monkey dan google doc.saya dan pasangan membahagikan kepada 2 tugasan iaitu saya membuat soalan menggunakan google doc dan pasangan saya Nur Syaza Zahrina Binti Mustafa menggunakan survey monkey.cara saya menggunakan google doc untuk membuat soalan ini adalah pada mulanya:
        >saya pergi ke alamat ini  https://accounts.google.com/ServiceLogin?service=writely&passive=1209600&continue=http://docs.google.com/&followup=http://docs.google.com/&ltmpl=homepage
        > saya sing up
        >saya pergi ke "Create" dan saya klik "Form"
        >selepas itu saya memulakan untuk menulis soalan setelah siap saya mencuba link yang terpapar di bawah soalan kaji selidik ini https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dFB2cmFnbUpsbXk2X3ZETElmeVlTVWc6MQ
        >link tersebut saya pamerkan di fb group saya supaya rakan-rakan dapat menjawab soalan kaji selidik dari kumpulan saya.

        minggu ke-6 (Jurnal & Laporan )

        Pada minggu ini saya telah ditugaskan untuk melakukan tugasan 4 iaitu mencari 2 jurnal di lawan UKM dan 1 jurnal dari google scholar (http://citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/download?doi=10.1.1.126.5985&rep=rep1&type=pdf. )yang berkaitan dengan tajuk kumpulan saya iaitu "E-learning & Mobile learning atau E-pembelajaran dan pembelajaran Mudah Alih.Saya diberi tugasan untuk mencari jurnal ini bersama dengan pasangan saya.dimana kami berdua perlu mencari,merancang, mentafsir jurnal yang kami perolehi itu.setelah saya dan pasangan saya kaji jurnal yang kami berdua perolehi dan saya telah membuat ulasan "apakah tindakan Malaysia untuk meningkatkan penggunaan E-pembelajaran dan Pembelajaran Mudah Alih".di dalam tugasan ini saya diberi tugasan untuk menulis di dalam Open Office Writer.selain itu saya dapat mempelajari cara untuk mengkaji sesuatu jurnal dan mendapat maklumat yang lebih mendalam tentang E-Pembelajaran dan pembelajaran Mudah Alih ini dan saya dapat menggunakan software baru iaitu dapat menggunakan Open Office Writer.kerana sebelum ini saya tidak pernah menggunakannya.ini adalah ilmu yang baru saya perolehi didalam kelas Komputer Dalam pendidikan ini.

        Minggu ke-5 ( E-learning & Mobile learning)

        Pada minggu ke-5 saya telah diberi tugasan 3 iaitu bertajuk "E-learning & Mobile learning "atau E-pembelajaran dan Pembelajaran Mudah Alih.Dalam menjalankan tugasan 2 ini saya dapat mempelajari banyak maklumat tentang E-pembelajaran dan Pembelajaran Mudah Alih ini diantaranya ialah E-pembelajaran dam Pembelajaran Mudah Alih bukanlah sesuatu yang baru ia telah digunakan oleh seluruh dunia dan berkembang dengan pesat.Pembelajaran ini boleh digunakan dengan mudah oleh seseorang.ia juga amat berguna dalam pendidikan.selain itu ia mudah diakses dengan menggunakan beberapa alat mudah alih seperti telefon.ipad,komputer riba selain itu ia adala pembelajaran berasaskan internet,web,teknologi dan berasaskan pembelajaran secara maya..Dalam konteks pendidikan sistem E-pembelajaran dan Pembelajaran Mudah Alih telah membawa perubahan yang baru dalam suasana pembelajaran masa kini.E-pembelajaran dan Pembelajaran Mudah Alih digunakan oleh pelajar dan kakitangan ia juga terdapat di institut-institut,dan sekolah.Sistem ini telah merubah cara murid atau pelajar belajar dan guru atau pensyarah mengajar melalui penggunaan rangkaian dalam talian.Dalam E-pembelajaran dan Pembelajaran Mudah Alih menjadikan pelajar lebih aktif dan bersaing maju dengan Negara-Negara Antarabangsa.

        Minggu ke-3 & 4 (Learning management system)

        doc.google.com
         topic dalam blog saya pada minggu ke-3 ini adalah tentang pembelajaran cara untuk menggunakan doc.google.com. pada minggu ke -4 saya diberi tugasan oleh pensyarah untuk memulakan tugasan 2 iaitu mencari maklumat tentang "Learning Management System" dimana saya perlu belajar menggunakan "WHAT,WHO,WHERE,WHY and HOW untuk memahami tajuk diberi. tetapi saya diberi tugasan untuk berkongsi maklumat tajuk yang diberi bersama pasangan saya menggunakan doc.google.com.ini adalah pertama kali saya menggunakan perisian doc.google.com untuk berkongsi maklumat kepada pensyarah dan rakan saya .kebiasaanya saya selalu menggunakan yahoo.com sebagai menghantar sesuatu maklumat keada rakan-rakan akan tetapi disini saya dapat belajar menggunakan doc.google.com ia adalah perisian yang sangat mudah walaupun pada mulanya saya tidak memahaminya setelah dibri tunjuk ajar oleh pensyarah dan rakan-rakan saya mudah untuk menggunakannya.
        Dalam mencari maklumat tentang learning management system saya dapati perisian ini mudah untuk mengakses.ianya adalah percuma. dan learning management adalah satu sistem pengurusan pembelajaran atau aplikasi perisian dan teknologi berasaskan web.ia adalah untuk mengedarkan sesuati dokumen kepada pelajar melalui internet.selain itu learning management ini banyak kelebihannya dari segi pmbelajaran pelajar dan kakitangan itu sendiri.banyak ilmu yang manfaat saya belajar dari kelas Komputer Dalam pendidikan ini

        Minggu ke-2 (Pendaftaran Kursus)

        pada minggu ke - 2 saya telah memulakan kelas Komputer dalam Pendidikan (GE 1155) dimana saya telah mendaftar di kumpulan S1K2.Pada minggu ke-2 juga saya telah diberi tugasan 1 dimana saya perlu membuka akaun email iaitu Yahoo mail, Gmail,Yahoo group,Facebook,Facebook group dan Blog.saya diajar cara untuk membuka akaun tersebut.

        Yahoo mail 
        Di yahoo mail saya mulakan Cara untuk mendaftar .pendaftaran yahoo mail adalah mudah. hanya teruskan ke laman web yahoo kemudian klik 'sign up' untuk mendaftar. Selepas itu saya mengisi maklumat diri yang diminta. Beberapa aplikasi perlu saya lakukan ketika mengisi maklumat tersebut.kemudian saya hanya perlu klik hantar untuk menyiapkan sepenuhnya pendaftaran yahoo mail tersebut. Selepas menerima pengesahan pendaftaran email, barulah saya berjaya menggunakan email saya.email yang saya buka ini adalah untuk membaca segala maklumat tentang pembelajaran saya.kegunaan email yahoo ini adalah untuk saya membuka akaun facebook dan yahoo group saya.

        email google

        Di  google saya mulakan Cara untuk mendaftar akaun gmail  .pendaftaran gmail adalah mudah. hanya teruskan ke laman web google kemudian klik 'sign up' untuk mendaftar dan saya memasukkan maklumat diri saya dengan lengkap. Beberapa aplikasi perlu saya lakukan ketika mengisi maklumat tersebut.kemudian saya hanya perlu klik hantar untuk menyiapkan sepenuhnya pendaftaran gmail tersebut. Selepas menerima pengesahan pendaftaran email, barulah saya berjaya menggunakan email saya.email ini saya gunakan untuk membuka akaun Blog.

        blogger

        Dalam kursus komputer dalam pendidikan saya  ditugaskan mendaftar sebagai blogger. Cara mendaftar blog, saya perlu menggunakan email google saya. Kemudian setelah selesai mendaftar mengikut langkah-langkah yang perlu saya lakukan, saya dikehendaki menamakan blog saya dengan menggunakan nombor pendaftran pelajar serta nama kumpulan. .fungsi saya membuka blog ini adalah segala tugasan yang saya lakukan saya perlu membuat refleksi segala tugasan saya.


        facebook & facebook group.

        Cara untuk membuka facebook dan facebook group saya boleh menggunakan yahoo mail atau gmail. saya hanya perlu ke laman web Facebook  dan pergi ke "sing Up" dan mengisi maklumat diri saya.Maklumat facebook saya perlulah maklumat yang formal.

        Monday, 26 September 2011

        etika....

        Assalamualaikum....
        dalam blog ni saya nk bg pndgan tentang etika dalam menghantar pesanan atau email kepada seseorang. Pada pandangan saya , etika dalam pesanan email ini juga amat lah penting kerana dengan ada nya etika kita dapat menghormati orang yang lebih tua dari kita.selain itu  juga dapat berkomunikasi dengan lancar dan baik.apabila memberi pesanan dengan adanya etika sesuatu pesanan itu akan disampaikan dengan baik dan diterima dengan baik juga.oleh itu etika adalah amat penting dalam semua aspek.