Friday, 21 October 2011

minggu ke-7 (soalan kaji selidik)

Pada minggu ke -7 ini juga saya telah melakukan tugasan 4 iaitu membuat soalan kaji selidik dari jurnal yang saya dan pasangan saya perolehi,saya diberi arahan untuk membuat soalan ini menggunakan survey monkey dan google doc.saya dan pasangan membahagikan kepada 2 tugasan iaitu saya membuat soalan menggunakan google doc dan pasangan saya Nur Syaza Zahrina Binti Mustafa menggunakan survey monkey.cara saya menggunakan google doc untuk membuat soalan ini adalah pada mulanya:
>saya pergi ke alamat ini  https://accounts.google.com/ServiceLogin?service=writely&passive=1209600&continue=http://docs.google.com/&followup=http://docs.google.com/&ltmpl=homepage
> saya sing up
>saya pergi ke "Create" dan saya klik "Form"
>selepas itu saya memulakan untuk menulis soalan setelah siap saya mencuba link yang terpapar di bawah soalan kaji selidik ini https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dFB2cmFnbUpsbXk2X3ZETElmeVlTVWc6MQ
>link tersebut saya pamerkan di fb group saya supaya rakan-rakan dapat menjawab soalan kaji selidik dari kumpulan saya.

minggu ke-6 (Jurnal & Laporan )

Pada minggu ini saya telah ditugaskan untuk melakukan tugasan 4 iaitu mencari 2 jurnal di lawan UKM dan 1 jurnal dari google scholar (http://citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/download?doi=10.1.1.126.5985&rep=rep1&type=pdf. )yang berkaitan dengan tajuk kumpulan saya iaitu "E-learning & Mobile learning atau E-pembelajaran dan pembelajaran Mudah Alih.Saya diberi tugasan untuk mencari jurnal ini bersama dengan pasangan saya.dimana kami berdua perlu mencari,merancang, mentafsir jurnal yang kami perolehi itu.setelah saya dan pasangan saya kaji jurnal yang kami berdua perolehi dan saya telah membuat ulasan "apakah tindakan Malaysia untuk meningkatkan penggunaan E-pembelajaran dan Pembelajaran Mudah Alih".di dalam tugasan ini saya diberi tugasan untuk menulis di dalam Open Office Writer.selain itu saya dapat mempelajari cara untuk mengkaji sesuatu jurnal dan mendapat maklumat yang lebih mendalam tentang E-Pembelajaran dan pembelajaran Mudah Alih ini dan saya dapat menggunakan software baru iaitu dapat menggunakan Open Office Writer.kerana sebelum ini saya tidak pernah menggunakannya.ini adalah ilmu yang baru saya perolehi didalam kelas Komputer Dalam pendidikan ini.

Minggu ke-5 ( E-learning & Mobile learning)

Pada minggu ke-5 saya telah diberi tugasan 3 iaitu bertajuk "E-learning & Mobile learning "atau E-pembelajaran dan Pembelajaran Mudah Alih.Dalam menjalankan tugasan 2 ini saya dapat mempelajari banyak maklumat tentang E-pembelajaran dan Pembelajaran Mudah Alih ini diantaranya ialah E-pembelajaran dam Pembelajaran Mudah Alih bukanlah sesuatu yang baru ia telah digunakan oleh seluruh dunia dan berkembang dengan pesat.Pembelajaran ini boleh digunakan dengan mudah oleh seseorang.ia juga amat berguna dalam pendidikan.selain itu ia mudah diakses dengan menggunakan beberapa alat mudah alih seperti telefon.ipad,komputer riba selain itu ia adala pembelajaran berasaskan internet,web,teknologi dan berasaskan pembelajaran secara maya..Dalam konteks pendidikan sistem E-pembelajaran dan Pembelajaran Mudah Alih telah membawa perubahan yang baru dalam suasana pembelajaran masa kini.E-pembelajaran dan Pembelajaran Mudah Alih digunakan oleh pelajar dan kakitangan ia juga terdapat di institut-institut,dan sekolah.Sistem ini telah merubah cara murid atau pelajar belajar dan guru atau pensyarah mengajar melalui penggunaan rangkaian dalam talian.Dalam E-pembelajaran dan Pembelajaran Mudah Alih menjadikan pelajar lebih aktif dan bersaing maju dengan Negara-Negara Antarabangsa.

Minggu ke-3 & 4 (Learning management system)

doc.google.com
 topic dalam blog saya pada minggu ke-3 ini adalah tentang pembelajaran cara untuk menggunakan doc.google.com. pada minggu ke -4 saya diberi tugasan oleh pensyarah untuk memulakan tugasan 2 iaitu mencari maklumat tentang "Learning Management System" dimana saya perlu belajar menggunakan "WHAT,WHO,WHERE,WHY and HOW untuk memahami tajuk diberi. tetapi saya diberi tugasan untuk berkongsi maklumat tajuk yang diberi bersama pasangan saya menggunakan doc.google.com.ini adalah pertama kali saya menggunakan perisian doc.google.com untuk berkongsi maklumat kepada pensyarah dan rakan saya .kebiasaanya saya selalu menggunakan yahoo.com sebagai menghantar sesuatu maklumat keada rakan-rakan akan tetapi disini saya dapat belajar menggunakan doc.google.com ia adalah perisian yang sangat mudah walaupun pada mulanya saya tidak memahaminya setelah dibri tunjuk ajar oleh pensyarah dan rakan-rakan saya mudah untuk menggunakannya.
Dalam mencari maklumat tentang learning management system saya dapati perisian ini mudah untuk mengakses.ianya adalah percuma. dan learning management adalah satu sistem pengurusan pembelajaran atau aplikasi perisian dan teknologi berasaskan web.ia adalah untuk mengedarkan sesuati dokumen kepada pelajar melalui internet.selain itu learning management ini banyak kelebihannya dari segi pmbelajaran pelajar dan kakitangan itu sendiri.banyak ilmu yang manfaat saya belajar dari kelas Komputer Dalam pendidikan ini

Minggu ke-2 (Pendaftaran Kursus)

pada minggu ke - 2 saya telah memulakan kelas Komputer dalam Pendidikan (GE 1155) dimana saya telah mendaftar di kumpulan S1K2.Pada minggu ke-2 juga saya telah diberi tugasan 1 dimana saya perlu membuka akaun email iaitu Yahoo mail, Gmail,Yahoo group,Facebook,Facebook group dan Blog.saya diajar cara untuk membuka akaun tersebut.

Yahoo mail 
Di yahoo mail saya mulakan Cara untuk mendaftar .pendaftaran yahoo mail adalah mudah. hanya teruskan ke laman web yahoo kemudian klik 'sign up' untuk mendaftar. Selepas itu saya mengisi maklumat diri yang diminta. Beberapa aplikasi perlu saya lakukan ketika mengisi maklumat tersebut.kemudian saya hanya perlu klik hantar untuk menyiapkan sepenuhnya pendaftaran yahoo mail tersebut. Selepas menerima pengesahan pendaftaran email, barulah saya berjaya menggunakan email saya.email yang saya buka ini adalah untuk membaca segala maklumat tentang pembelajaran saya.kegunaan email yahoo ini adalah untuk saya membuka akaun facebook dan yahoo group saya.

email google

Di  google saya mulakan Cara untuk mendaftar akaun gmail  .pendaftaran gmail adalah mudah. hanya teruskan ke laman web google kemudian klik 'sign up' untuk mendaftar dan saya memasukkan maklumat diri saya dengan lengkap. Beberapa aplikasi perlu saya lakukan ketika mengisi maklumat tersebut.kemudian saya hanya perlu klik hantar untuk menyiapkan sepenuhnya pendaftaran gmail tersebut. Selepas menerima pengesahan pendaftaran email, barulah saya berjaya menggunakan email saya.email ini saya gunakan untuk membuka akaun Blog.

blogger

Dalam kursus komputer dalam pendidikan saya  ditugaskan mendaftar sebagai blogger. Cara mendaftar blog, saya perlu menggunakan email google saya. Kemudian setelah selesai mendaftar mengikut langkah-langkah yang perlu saya lakukan, saya dikehendaki menamakan blog saya dengan menggunakan nombor pendaftran pelajar serta nama kumpulan. .fungsi saya membuka blog ini adalah segala tugasan yang saya lakukan saya perlu membuat refleksi segala tugasan saya.


facebook & facebook group.

Cara untuk membuka facebook dan facebook group saya boleh menggunakan yahoo mail atau gmail. saya hanya perlu ke laman web Facebook  dan pergi ke "sing Up" dan mengisi maklumat diri saya.Maklumat facebook saya perlulah maklumat yang formal.