Pada minggu ke-5 saya telah diberi tugasan 3 iaitu bertajuk "E-learning & Mobile learning "atau E-pembelajaran dan Pembelajaran Mudah Alih.Dalam menjalankan tugasan 2 ini saya dapat mempelajari banyak maklumat tentang E-pembelajaran dan Pembelajaran Mudah Alih ini diantaranya ialah E-pembelajaran dam Pembelajaran Mudah Alih bukanlah sesuatu yang baru ia telah digunakan oleh seluruh dunia dan berkembang dengan pesat.Pembelajaran ini boleh digunakan dengan mudah oleh seseorang.ia juga amat berguna dalam pendidikan.selain itu ia mudah diakses dengan menggunakan beberapa alat mudah alih seperti telefon.ipad,komputer riba selain itu ia adala pembelajaran berasaskan internet,web,teknologi dan berasaskan pembelajaran secara maya..Dalam konteks pendidikan sistem E-pembelajaran dan Pembelajaran Mudah Alih telah membawa perubahan yang baru dalam suasana pembelajaran masa kini.E-pembelajaran dan Pembelajaran Mudah Alih digunakan oleh pelajar dan kakitangan ia juga terdapat di institut-institut,dan sekolah.Sistem ini telah merubah cara murid atau pelajar belajar dan guru atau pensyarah mengajar melalui penggunaan rangkaian dalam talian.Dalam E-pembelajaran dan Pembelajaran Mudah Alih menjadikan pelajar lebih aktif dan bersaing maju dengan Negara-Negara Antarabangsa.
No comments:
Post a Comment